Nuffnag ads

10.4.12

RQ-170 Sentinel : Hadiah Sempurna Hari Asyura

 

 

RQ-170 Sentinel aka "Beast of Kandahar" merupakan Pesawat Tanpa Pemandu Halimunan (SUAV) yang dibina oleh firma terkenal Amerika Syarikat (AS), Lockheed Martin dari bahagian rekaan terkenal iaitu Skunk Works. Merupakan satu hasil dari projek rahsia AS, RQ-170 dipercayai lengkap pada tahun 2005, dioperasikan di Afghanistan (sejak 2007) dan Korea Selatan (sejak 2009). Walaupun masih baru, RQ-170 diberitakan memiliki rekod perkhidmatan cemerlang termasuklah menjadi penyumbang kepada tumpasnya Osama bin Laden ditangan Pasukan Khas AS pada Mei 2011 di Abotabad, Pakistan.
 



Sungguhpun begitu, pada 4 Disember 2011, pemikir dan pemerhati pertahanan dikejutkan dengan berita yang dilaporkan oleh Fars Agency News, Iran melaporkan RQ-170 telah ditembak jatuh oleh pasukan keselamatan Iran ketika pesawat beroperasi di kawasan berdekatan sempadan Iran - Afghanistan. Laporan dari sumber tidak rasmi AS mendedahkan bahawa RQ-170 dibawah kendalian Agensi Siasatan Pusat (CIA) telah "hilang" dari kawalan namun menafikan ianya ditembak atau jatuh ke tangan Iran sehinggalah pihak Iran menyiarkan laporan dengan memaparkan pesawat tersebut pada 8 Disember 2011. Rentetan daripada penyiaran tersebut, beberapa sumber dalaman AS mengesahkan bahawa pesawat tersebut adalah asli dan menimbulkan kebimbangan bahawa pihak Iran akan memanfaatkan teknologi "rahsia" untuk memantapkan keupayaan ketenteraan.


 
 

Ini pasti satu kegembiraan buat Iran jika berjaya kuasai teknologi berkenaan dan pasti hadiah sempurna dari AS sempena sambutan Hari Asura bagi negara majoriti penganut Syiah tersebut.
 
tetapi pihak amerika sekeras-kerasya menafikan dakwaan pihak iran...
 

No comments: