Rafale dan sistem persenjataan.
Setelah
sekian lama menunggu, akhirnya Dassault Rafale telah di umumkan sebagai
pemenang bagi perolehan 126 pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) oleh
India pada akhir Januari 2012. Dengan anggaran perolehan sehingga USD11
billion, sememangnya kemenangan ini mampu mengubat beberapa kegagalan
pemasaran pesawat ini sebelumnya dan meningkatkan keyakinan pasaran.
Sebelum India, pasawat generasi ke-4++ bersayap "Delta" dua enjin
dianggap gagal mendapat sambutan apabila sejak di terima dalam
perkhidmatan negara asalnya pada tahun 2000 sungguhpun di lihat memiliki
kelebihan berbanding saingannya, antaranya pemilihan pesawat F-16 oleh
Maghibi (2007) dan Jas-39 Gripen oleh Switzerland (2011).
Pesawat dalam inventori India, kesemuanya telah "diintai".
Pemilihan India dilihat oleh
beberapa penganalisis sebagai titik perubahan kepada penawaran Dassault
Rafale kepada pasaran dunia. Sungguhpun India bukanlah sebuah negara
yang boleh diambil sebagai contoh dalam perolehan, kemampuan kewangan
India muktahir ini menjadikan negara ini memiliki citarasa yang amat
tinggi. Ini menyebabkan beberapa pembekal tradisi seperti Russia dan
Britian semakin tertekan dan status tersebut bukan lagi ukuran.
Selain citarasa, pemilihan juga
disandarkan kebimbangan pesawat yang diperoleh mungkin mudah diintai
oleh negara "Pengancam", iaitu Pakistan dan Republik Rakyat China (PRC).
Ini mungkin berasaskan pengalaman perolehan pesawat sebelumnya yang
mudah 'diintai' oleh kedua-dua negara tersebut dengan hampir semua
pesawat dalam inventori India telahpun direkodkan prestasinya oleh
kedua-dua negara ini, sama ada melalui perolehan seperti siri MiG-21 dan
Su-30MKI ataupun melalui saluran 'Sahabat" seperti MiG-23 (Angola),
MiG-29 (Yemen dan Syria), Sepecat Jaguar (Oman dan Nigeria), Dassault
Mirage 2000 (UAE) dan Bae Hawk (UAE dan Arab Saudi). Sungguhpun memiliki
spesifikasi unik, dengan teknologi semasa, prestasi boleh dianggarkan
dengan mudah. Ini juga menjadi sebab utama kenapa pesawat Eurofighter
Typhoon gagal sungguhpun dianggap sebagai pilihan utama oleh kebanyakan
pengamat industri.
Diantara kesemua faktor
tersebut, jasa silam diplomatik Perancis terhadap India juga dilihat
sebagai ukuran. Tatkala negara "Uncle Sam" dan Britian dilihat amat
rapat dengan Pakistan dan Russia "berdamai" dengan PRC, Perancis dilihat
penyelesaian terbaik. Apatah lagi jasa Perancis semasa Perang Kargil
1999, meluluskan dan menghantar aset perang moden antaranya untuk
kegunaan Dassault Mirage 2000H yang berperanan penting tanpa kerenah
birokrasi.
Akhirnya, Dassault Rafale kini
boleh berbangga, sungguhpun pemilihannya bukanlah sepenuhnya berasaskan
kemampuan, tetapi boleh dianggap sebagai titik permulaan kepada
penawaran yang lebih berjaya di masa hadapan. Antara pasaran yang
berpotensi adalah Malaysia, Brazil dan Britian (siri pesawat
pengangkut).
No comments:
Post a Comment