Nuffnag ads

10.4.12

PESAWAT ATAU HELIKOPTER ANTI SUBS UNTUK TLDM


Superlynx, operasi terpaksa bergantung dengan kapal mothership

1. Terima Kasih dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan dan para pembaca blog saya yang tidak seberapa ini, ialah blog orang kampung.

2. Nampaknya saya malas nak buat artikel baru tetapi oleh kerana pihak Defence Service Asia 2012 (DSA) dah booking blog saya untuk tujuan promosi dan iklan, terpaksalah saya keluarkan artikel baru ini sebelum DSA bermula.

3. Blog kekampungan ala ala kampung Malaysia macam saya ini pun ada juga pihak kerajaan dan gergasi korporat ambil tahu, terima kasih banyak-banyaklah, dapek juga saya menyambung nyawa dalam bisnes Forex dan mampulah saya membeli peralatan untuk aktiviti pengembaraan dan ekspedisi saya nanti.
Superlynx atas tarmac Langkawi (gambar den sendiri)

5. OKlah, nampaknya ada perkembangan terkini tentang Tentera Laut Di Raja (TLDM) yang saya sentiasa kagumi dan paling saya hormati dalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan lain.

6. Perkembangan yang saya maksudkan ialah adanya ura-ura untuk mendapatkan helikopter dan pesawat kepak kaku anti kapal selam.


7. Al maklumlah, Laut China Selatan dan Selat Melaka tidak lama lagi penuh dengan kapal selam, Malaysia (dua buah), Indonesia (4 buah atau lebih), Singapura (4 buah) dan itu tidak termasuk kapal-kapal selam luar yang beroperasi hampir dengan kawasan-kawasan pertindihan sempadan milik Vietnam dan China.

8. Sebagai satu bentuk sistem sokongan kepada kapal selam Scorpene TLDM, sangat wajar negara mempunyai skuadron pesawat anti kapal selam sendiri.

cockpit Superlynx (aircond pun takde)

9. Super Lynx yang kini berkhidmat dengan KD Rajawali, TLDM bukanlah sebuah pesawat anti kapal selam yang sesuai kerana ia mempunyai durasi bahan api yang pendek serta ketidakupayaan untuk membawa beban yang banyak.

10.Helikopter itu sendiri hanya mampu terbang setakat sejam atau dua jam sahaja dan ini tidak cukup untuk peperangan anti kapal selam yang pastinya mengambil masa beberapa atau berbelas jam.

mesingan yang dipasang pada superlynx

11.Super Lynx ini akan menghadapi masalah bekalan minyak yang lebih parah jika ia berkhidmat di atas kapal kerana pendaratan dan penerbangan yang dibuat di atas dek kapal friget memerlukan bahanapi yang sangat banyak berbanding dengan
keadaan di daratan.

x sampai sejam dah habis minyak (ops pindah orang dari lekiu ke jebat), gambar dari HP den sendiri

12.Yalah kapal itu sendiri pun parah dipukul gelombang, nak kekalkan enjin dan aras penerbangan serta jarak dengan dek, semua memerlukan permainan kuasa enjin helikopter Super Lynx itu sendiri dan ini bermakna, minyak akan lebih cepat
kering.

13.Untuk bab-bab teknikal, silalah rujuk kepada laman wikipedia, saya malas nak cakap pasal bab-bab teknikal helikopter Super Lynx ini.

Siot punya pilot, buat flypass tepi kapal, habis topi den terbang ke laut %^$$$##$

14.Memanglah Super Lynx ini helikopter yang hebat, boleh buat aksi “stunt” yang macam-macam tetapi ia tidak mampu membawa beban, malahan alat penghawa dingin pun tidak ada.

15.Nak cari kapal selam, macam-macam sistem sensor atau komputer yang perlu dibawa dan itu belum termasuk sistem sonar helikopter itu sendiri.

16.Jadi timbullah cadangan supaya TLDM memperolehi helikopter yang dicipta khas untuk peperangan di bawah air dan mempunyai durasi penerbangan di antara 8 hingga 12 jam (sekali lagi untuk teknikal helikopter anti kapal selam, boleh rujuk pada wikipedia atau laman web pertahanan yang lain).
TLDM BAKAL JADI PENGGUNA PERTAMA PESAWAT ANTI KAPAL SELAM DI ASIA TENGGARA

17.Terbaru ada cadangan untuk melengkapkan TLDM dengan pesawat kepak kaku (kapal terbanglah, tak akan belon), anti kapal selam.

18.Saya tidak tahu tentang maklumat lain tetapi antara yang dicadangkan ialah ATR dan sebuah pesawat keluaran CASA, saya tidak tahu mengapa tidak ada cadangan untuk mendapatkan pesawat CN235 dari Indonesia.

19.Secara specifik, saya terlupa pula model jenis apa tapi memang dari keluarga ATR dan CASAlah, saya pun malas nak mencari maklumat tambahan pasal dari pagi tidak makan ni, cuma kunyah kerepek dan isap rokokje, maklumlah bujang.

20.Sangat sesuailah TLDM pakai kapal terbang anti kapal selam kerana Laut China Selatan itu luas, mana nak dan
kalau “cover” pakai helikopter dari perairan Semenanjung sampai ke Sabah.

21.Lagi pun kapal terbang ini mempunyai bahan api yang banyak dan lebih menjimatkan dari helikopter, boleh terbang laju dan jarak operasi yang lebih jauh.

22.Cuma persoalannya, kalau dibeli pesawat anti kapal selam ini, terpaksalah TLDM melatih juruterbang baru dan prosesnya pasti mengambil masa bertahun-tahun dan buat sementara, mungkin juruterbang TUDM akan diguna pakai.

23.Itu satu, kedua, pengkalan baru yang ada landasan harus diwujudkan mungkin disebelah Sabah atau berkongsi dengan pengkalan TUDM, Kuantan.
24.Yang bagusnya, pesawat anti kapal selam ini dilengkapi dengan sistem torpedo dan pelbagai peralatan sensor yang tidak mungkin boleh diangkut oleh helikopter.

25.Apa pun sama-samalah kita berdoa supaya TLDM dapat main celop-celop kaki di perairan negara, jadi jimatlah bajet kita yang seciput ini dari terpaksa membeli kapal selam lagi.
26.Jumlah yang bakal diperolehi tidaklah diketahui tetapi mungkin di antara dua atau empat pesawat.



copy from

"http://militaryofmalaysia.net/2012/04/pesawat-atau-helikopter-anti-subs-untuk-tldm/#more-870"

No comments: