Nuffnag ads

10.4.12

Deftech AV-8 : Pembelian terus atau pembangunan?




Semenjak diumumkan, kontrak Kenderaan Perisai 8x8 AV-8 terus jadi perbualan hangat dikalangan pemerhati, bukan sahaja di kalangan pemerhati tempatan tetapi juga pemerhati antarabangsa. Apa tidaknya, dikhabarkan kontrak dianggarkan bernilai sekitar USD2.5 billion (RM7.5 billion) bagi mendapatkan sekitar 257 unit dalam 12 versi dengan tempoh penghantaran lengkap sehingga 7 tahun.

Pada awalnya, boleh dikatakan rata-rata pemerhati melihat kontrak AV-8 sebagai perancangan bijak. AV-8 yang dianugerahkan kepada firma tempatan Deftech, anak syarikat DRB-Hicom akan dibina berasaskan kenderaan PARS dari firma terkenal Turki iaitu FNSS. PARS telahpun diuji beberapa tahun dulu dan dilihat sebagai platform paling sesuai.

Namun, isu paling utama adalah kos keseluruhan perolehan. Jika dibahagikan secara purata, seunit AV-8 akan mencecah nilai sehingga USD9.7 juta (RM29 juta). Jumlah ini dilihat hampir menyamai 3 unit Patria AMV yang diperolehi Crotia (USD3.1 juta) atau GTK Boxer oleh Belanda (USD3.0 juta seunit). Kedua-dua kenderaan ini diperoleh dalam beberapa versi dan pindahan teknologi serta faedah industri juga disertakan.

Jika pun kos selebihnya adalah kos pembangunan dan perlesenan, mengapa pada Jun 2011 Deftech mengeluarkan surat tawaran kepada firma FNSS & BAE untuk mereka, membangun dan memperoleh 257 unit kenderaan PARS beserta pakej sokongan logistik bernilai USD600 juta dengan pemasangan dibuat oleh Deftech. Bagaimana pula dengan bakinya? Jikapun perlesenan untuk kelengkapan seperti Turret dari Afrika Selatan, Sistem Pemantau Elektronik dari Norway dan sebagainya, jumlah keseluruhan belum pasti menghampiri USD2.5 billion yang dinilaikan oleh kerajaan Malaysia. Apakah kos ini termasuk pembangunan fasiliti untuk pemasangan?

Bacaan lanjut:

No comments: