Nuffnag ads

11.11.13

HELIKOPTER PENYERANG..

Info Dunia Militari

Amat dahsyat dan begitu hebat sekali apabila Negara China telah berjaya menghasilkan sebuah Helikopter tempur yang mempunyai teknologi terkini setanding dengan Helikopter tempur daripada negara-negara maju yang lain.

Tetapi tahukah anda bukan pihak China yang mereka cipta Helikopter tersebut, sebaliknya jurureka dan pakar daripada sebuah negara telahpun merekacipta Helikopter itu sejak dari pertengahan 1990an lagi.

Jika kita melihat pada rekabentuk luaran atau fizikal Helikopter ini, ianya seakan atau mirip kepada Helikopter Agusta Westland A129 Mangusta, akan tetapi Helikopter China yang diberinama Z-10 ini tiada berkait langsung dengan Helikopter Agusta Westland A129 Mangusta buatan Itali yang seakan sama ciri2 fizikalnya.

Helikopter tempur dua tempat duduk ini dipertontonkan kepada pihak umum buat pertama kalinya di Zhuhai Air Show pada tahun 2012 di China setelah ianya diuji secara menyeluruh oleh Tentera Negara China selama beberapa tahun selepas siap pembinaannya.

Pihak yang bertanggungjawab yang telah mereka cipta Helikopter tempur ini secara rahsia adalah Syarikat Kamov Design Bureau yang berpangkalan di Russia yang sebelum ini telah berjaya menghasilkan Helikopter tempur Ka-50/52 dan juga Helikopter pengangkut Ka-32. Sergei Mikheyev, Ketua Jurureka Kamov Design telah mengumumkan akan penglibatan dan peranan Syarikat Kamov Design sebagai pihak yang bertanggungjawab yang telah merekacipta Helikopter tempur Z-10 secara rahsia khas untuk Negara China.

Kamov Design telah memulakan tugas dan peranan mereka sebagai pereka cipta Z-10 pada tahun 1995 setelah mereka diminta untuk menghasilkannya oleh pihak Negara China. Sebelum ini, seluruh dunia beranggapan bahawa pihak China telah pun berjaya menghasilkan sebuah Helikopter tempur yang hebat dengan sendiri tanpa memerlukan sebarang bantuan daripada pihak lain dan hanya enjin Helikopter tersebut sahaja yang didatangkan daripada luar negara. Tetapi rahsia mereka itu telah dibocorkan oleh pihak yang mereka cipta Hekilopter itu yang diupah oleh China sendiri...

Pembinaan Z-10 ini telah dilanda dengan pelbagai kontorversi, diantaranya ialah sebuah syarikat daripada Canada telah disaman sebanyak US$75 Juta oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat kerana telah melanggar Akta Eksport Senjata Api dan kerana memberikan laporan atau butiran palsu tentang penjualan dan eksport enjin dan sistem perisian milik Tentera Amerika Syarikat kepada negara China.
Di dalam perbicaraan yang telah dijalankan, pihak China pada mulanya telah bersetuju untuk membeli enijn dan sistem perisian itu untuk kegunaan pengangkutan awam, dan bukannya untuk kegunaan militari.

Walau dilanda dengan pelbagai kontroversi, Helikopter ini sehingga ke hari ini masih diteruskan pembinaannya dan giat dinaik taraf dan diperbaharui segala sistem dan komponennya. Ianya merupakan sebuah Helikopter tempur yang canggih dan digeruni pada masa kini. Pihak lain yang mereka cipta, tetapi pihak China telah pun menerima Transfer of Technology dan daripada apa yang mereka ada dan telah kecapi sekarang, tidak mustahil pada masa akan datang, mereka akan berjaya mereka cipta dan menghasilkan sendiri sebuah Helikopter tempur yang lebih hebat daripada Z-10 ini.

Bagaimana pula dengan Negara Malaysia?, jika tidak mampu untuk reka dan bina, pembelian Hlikopter tempur yang telah siap diuji sepenuhnya dan telah lama digunakan oleh pihak lain boleh dilaksanakan. Keadaan di Zon Esscom amat memerlukan penggunaan Helikopter tempur sebagai salah satu benteng utama pertahanan daripada ancaman gerila dan penceroboh asing di mana pada kejadian awal tahun ini, kita dapat menyaksikan pihak penceroboh mempunyai senjata yang agak modern, lebih mudah untuk menewaskan mereka jika pihak Angkatan Tentera Malaysia menggunakan Helikopter jenis tempur untuk menyerang dan melindungi Anggota yang melaksanakan tugas mereka di darat.

Apakah lagi yang dinantikan oleh pihak yang berhubung kait dengan pembelian Helikopter tempur untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat?, Rakyat tidak mahu kejadian berdarah pencerobohan Lahad Datu oleh puak pengganas Sulu berulang dan Rakyat tidak mahu Perwira-Perwira negara gugur lagi di medan pertempuran akibat kesiap-siagaan yang tidak mantap



No comments: