Nuffnag ads

11.11.13

Anti-Submarine Warfare TLDM

Credit to .. MalDef

MalDef-Malaysian Defense

MalDef-Malaysian Defense



1. Sehingga kini, sekitar 6 buah Super Lynx telahpun berjaya mencapai tahap 1000 jam penerbangan dan TLDM adalah agensi pertama dalam dunia berjaya memecahkan rekod jam penerbangan tersebut.

2. Heli tersebut masing2 dioperasikan oleh KD Rajawali di atas kapal frigate dan OPV dalam tugas-tugas melindungi armada TLDM di laut dengan keupayaan membawa torpedo, peluru anti-kapal dan mesingun berat.

3. "Kucing Liar", gelaran yang diberi terhadap heli ini dengan kelincahan manuver agak baik dan berupaya mendarat dan terbang dalam apa-apa cuaca sekalipun di lautan, terutama keadaan bergelora di lautan.

4. Selain manuver, bilah kipas yang boleh dilaras ke atas membolehkan heli ini mendarat atas deck dengan cekap, bilah tersebut akan menolak udara ke atas (heli kalau nak terbang, bilah menolak udara ke bawah).

5. Jadi, bilah kipas tersebut seolah-olah menekan badan heli ke deck ketika kapal dalam keadaan terhuyung-hayang akibat laut bergelora, ia memberikan satu kelebihan pada heli tersebut untuk mendarat dengan selamat dan jarang sistem tersebut ada pada heli lain ketika itu.

6. Namun, Heli Super Lynx mempunyai kelemahan lain.

7. Range operasi Super Lynx tidak jauh akibat bekalan durasi minyak yang terhad. Ini bermakna heli tersebut hanya mampu beroperasi sekitar armada sahaja, sedangkan dalam peperangan ASW, aset tersebut mengambil masa yang lama untuk mengesan kapal selam.

8. Keupayaan beban bagi Super Lynx juga terhad menyebabkan peralatan ASW tidak mampu dibawa dalam skala penuh. Antara perlatan yang sepatutnya dibawa adalah underwater sonar.

9. Tanpa peralatan ASW yang lengkap, Super Lynx hanya mampu melepaskan torpedo mengikut arahan kapal induk dan hanya mampu beroperasi dalam range sonar kapal induk sahaja.

10. Bagi heli yang mempunyai full ASW equipment, dengan range yang jauh, dan sonar tersendiri, ia dapat meroperasi bersendirian dalam mengesan kapal selam tanpa bantuan kapal induk.




-Eurocopter AS 555SN Fennecs milik 502 Skuadron TLDM dipasang dengan sistem navigasi Thales Avionics Nadir 10 dan sistem Thales Detexis RDN 85 Doppler radar-



Fennec Dgn lightweight torpedo loadout


Keperluan aset ASW terbaru

11. TLDM ada 2 opsyen pilihan dalam memantapkan sistem ASW mereka, iaitu Kapal Terbang MPA (kepak kaku) atau Heli ASW (kepak berputar).

12. Jika TLDM mahukan kapal terbang MPA, ia agak praktikal dari segi kos dan range operasi memandangkan pesawat tersebut mampu terbang jauh dan lebih lama berbanding dengan heli ASW.

13. Pesawat MPA juga mampu membawa muatan torpedo, tetapi buat permulaan sudah tentu khidmat pilot TUDM diperlukan sementara krew TLDM menerima latihan penerbangan.

14. Seperti kes pesawat AEW&C, ketika dalam penerbangan, pesawat tersebut perlukan pengiringan jet pejuang, sedangkan hanya TUDM cuma ada 18 jet pejuang untuk air superiority. Jumlah itu tidak cukup melainkan sejumlah 36 buah pesawat MRCA dibawa masuk.

15. Berbanding dengan heli ASW, ia mampu terbang dibawah radar, mendakap ke permukaan laut dengan lebih selamat dari ancaman jet pejuang musuh.

16. Namun sedia maklum Heli ASW yang mempunyai kelengkapan lengkap serta durasi minyak yang lebih besar sudah tentu melibatkan saiz yang lebih besar dari Super Lynx.

17. Saiz heli seperti Merlin ASW tidak muat untuk diletakkan dalam hangar kapal frigate atau OPV TLDM, yang selama ini hanya muat untuk Super Lynx atau Fennec sahaja.

18. 6 kapal Gowind LCS yang bakal diterima nanti pun dikhabarkan cuma muat untuk Super Lynx dan Ec-725 Cougar.

19. Ini bermakna, TLDM perlukan kapal lain yang lebih besar. Tidak asing lagi kapal MPSS (multi purpose support ship) yang sekarang sangat diperlukan bagi operasi TLDM.

20. Kapal MPSS seperti Dokdo Class (buatan Korea Selatan) ini mempunyai deck platform untuk pendaratan heli yang lebih luas, selain ruang kargo dalam kapal yang muat untuk pelbagai saiz heli.

21. Jika TLDM mahukan heli ASW yang baru, cuma ada 2 opsyen yang sesuai. Beli tambahan Lynx Wildcat batch kedua untuk dilengkapkan pada 6 buah kapal LCS Gowind yang bakal tiba, atau beli ASW baru dengan kelengkapan penuh, dan lengkapkan pada kapal MPSS tersebut.

No comments: