Skip to main content

Dassault Rafale : The waiting time is passed & begins a new chapter...!!


Rafale dan sistem persenjataan.


Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Dassault Rafale telah di umumkan sebagai pemenang bagi perolehan 126 pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) oleh India pada akhir Januari 2012. Dengan anggaran perolehan sehingga USD11 billion, sememangnya kemenangan ini mampu mengubat beberapa kegagalan pemasaran pesawat ini sebelumnya dan meningkatkan keyakinan pasaran. Sebelum India, pasawat generasi ke-4++ bersayap "Delta" dua enjin dianggap gagal mendapat sambutan apabila sejak di terima dalam perkhidmatan negara asalnya pada tahun 2000 sungguhpun di lihat memiliki kelebihan berbanding saingannya, antaranya pemilihan pesawat F-16 oleh Maghibi (2007) dan Jas-39 Gripen oleh Switzerland (2011).

Pesawat dalam inventori India, kesemuanya telah "diintai".


Pemilihan India dilihat oleh beberapa penganalisis sebagai titik perubahan kepada penawaran Dassault Rafale kepada pasaran dunia. Sungguhpun India bukanlah sebuah negara yang boleh diambil sebagai contoh dalam perolehan, kemampuan kewangan India muktahir ini menjadikan negara ini memiliki citarasa yang amat tinggi. Ini menyebabkan beberapa pembekal tradisi seperti Russia dan Britian semakin tertekan dan status tersebut bukan lagi ukuran.

Selain citarasa, pemilihan juga disandarkan kebimbangan pesawat yang diperoleh mungkin mudah diintai oleh negara "Pengancam", iaitu Pakistan dan Republik Rakyat China (PRC). Ini mungkin berasaskan pengalaman perolehan pesawat sebelumnya yang mudah 'diintai' oleh kedua-dua negara tersebut dengan hampir semua pesawat dalam inventori India telahpun direkodkan prestasinya oleh kedua-dua negara ini, sama ada melalui perolehan seperti siri MiG-21 dan Su-30MKI ataupun melalui saluran 'Sahabat" seperti MiG-23 (Angola), MiG-29 (Yemen dan Syria), Sepecat Jaguar (Oman dan Nigeria), Dassault Mirage 2000 (UAE) dan Bae Hawk (UAE dan Arab Saudi). Sungguhpun memiliki spesifikasi unik, dengan teknologi semasa, prestasi boleh dianggarkan dengan mudah. Ini juga menjadi sebab utama kenapa pesawat Eurofighter Typhoon gagal sungguhpun dianggap sebagai pilihan utama oleh kebanyakan pengamat industri.

Diantara kesemua faktor tersebut, jasa silam diplomatik Perancis terhadap India juga dilihat sebagai ukuran. Tatkala negara "Uncle Sam" dan Britian  dilihat amat rapat dengan Pakistan dan Russia "berdamai" dengan PRC, Perancis dilihat penyelesaian terbaik. Apatah lagi jasa Perancis semasa Perang Kargil 1999, meluluskan dan menghantar aset perang moden antaranya untuk kegunaan Dassault Mirage 2000H yang berperanan penting tanpa kerenah birokrasi.

Akhirnya, Dassault Rafale kini boleh berbangga, sungguhpun pemilihannya bukanlah sepenuhnya berasaskan kemampuan, tetapi boleh dianggap sebagai titik permulaan kepada penawaran yang lebih berjaya di masa hadapan. Antara pasaran yang berpotensi adalah Malaysia, Brazil dan Britian (siri pesawat pengangkut).

Comments

Popular posts from this blog

TM - UNIFI Admin Password

Hi, Kebanyakan pengguna perkhidmatan internet TM-UNIFI yang tak tau bagaimana hendak mengemaskini atau dalam bahasa omputeh nyer "update" router WiFi yang warna oren tuh.. gambaran seperti yang dibawah ini [macam sekolah rendah plak]... okie kat sini hari nih saya nak ajar bagaimana nak mengemaskini akses keselamatan router anda dan dimana setelah selesai anda membaca anda akan faham bagaimana,  Menukar nama link WIFI anda.  Menukar kata laluan utk WIFI & aturan tambahan untuk keselamatan router anda daripada ditumpang oleh toyol - toyol kecik yang akan menyebabkan internet anda jadi lembab.. pasal toyol nih hanya nak guna internet percuma aje...hehehehe.... dan macam2 lagi.. pasal den tak tau aper nak di bubuh.. hahahahahahah Baiklah mari kita mulakan, selalunyer bila baru selesai pemasangan untuk akaun baru .. default password yang diberi selalunyer.. angka dan abjad, Cth: Ag2451123C dan macam-macam lagi lebey kurang macam tuh lah.. selalu nyer pass...

Malaysia MBT

Malaysian Indigenous MBT? PT-91M Pendekar - T-90 Tanks - Malaysia has inducted its first Main Battle Tank (MBT), the Polish-made PT-91M Pendekar into service few years ago as part of significant expansion and modernization program. Though equipped with the most sophisticated equipment available (such as French optronic, communication system and FCS, new generation ERA blocks,German tank tracks, better engine, not to mention steering wheel instead of throttle stick), many people (including some MAF personnel and military pundits) criticize the procurement to be unwise, to say the least. Their opinion is based on misjudged performance of PT-91 predecessor, the Soviet-made T-72, in both Gulf War and Chechnya conflict, where it performed terribly to both users; Iraq and Russia. Singapore, in response, has acquired second-hand German-made Leopard 2A4 and people began to make direct comparison between PT-91M and Leopard 2A4. However, as misinformed as the Malaysian...

Guideline to Enable IPv6 for UNIFI..

Okie this time aku nak shea bagai mana nak enable IPv6 pada unifi anda.... tetapi before that untuk pengetahuan umum apa itu IPv6 vs current IPv4 yang sekarang anda sedang gunakan... secara umum maklum IP adalah alamat elektronik anda di alam maya.. ia dimana pada kitika ini quota dia dah nak penuh atau dah penuh..  IPv4 adalah seperti; "000.000.000.000 atau 192.168.0.1" akibat dari permasalahan sebegini maka di cipta satu penyelesaian iaitu IPv6 macam rupanya IPv6 nih...  IPv6 adalah seperti ; 2001:e00:000b:0000:0000:000:0c0:c00e tapi untuk maklumat lanjut pasal IPv6 rajinkanlah diri anda untuk membacanya dia "http://en.wikipedia.org/wiki/IPv6" OKeh back to topic... UNIFI dan STREAMYX nih dah pun menggunakan communication IPv6 nih .. jadi saya akan postkan bagai mana nak menggunakan atau dalam ertikata lain mengatifkan IPv6 pada existing router anda.... seperti biasa .. silalah key in link router 192.168.0.1 dan masuk lah ker main site d...