Pembelian EC725
Helikopter pengganti Nuri diterima 2012-Eurocopter EC725 KUALA LUMPUR 20 April - Malaysia dijangka menerima pesawat pertama Eurocopter EC725 pada 2012 yang akan menggantikan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekiranya kontrak pembeliannya ditandatangani tahun ini. Naib Presiden (Pelanggan) Eurocopter Perancis, Philippe Harache berkata, sekiranya semuanya berjalan lancar, Malaysia akan menerima unit terakhir pesawat itu iaitu yang ke-12 pada 2013. Katanya, komitmen Malaysia mendapatkan EC725 membuka lembaran baru dari segi perhubungan di antara kerajaan itu dan Eurocopter. ''Kami sangat gembira dan berbangga dengan komitmen Malaysia dan sudah pasti akan muncul kerjasama baru pada masa akan datang," katanya pada sidang akhbar sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 di sini hari ini. Beliau mengulas tentang penyerahan surat penerimaan (LOA) kerajaan terhadap 12 unit helikopter mencari dan ...