Skip to main content

Pembelian EC725



Helikopter pengganti Nuri diterima 2012-Eurocopter EC725
KUALA LUMPUR 20 April - Malaysia dijangka menerima pesawat pertama Eurocopter EC725 pada 2012 yang akan menggantikan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekiranya kontrak pembeliannya ditandatangani tahun ini.
Naib Presiden (Pelanggan) Eurocopter Perancis, Philippe Harache berkata, sekiranya semuanya berjalan lancar, Malaysia akan menerima unit terakhir pesawat itu iaitu yang ke-12 pada 2013.
Katanya, komitmen Malaysia mendapatkan EC725 membuka lembaran baru dari segi perhubungan di antara kerajaan itu dan Eurocopter.
''Kami sangat gembira dan berbangga dengan komitmen Malaysia dan sudah pasti akan muncul kerjasama baru pada masa akan datang," katanya pada sidang akhbar sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 di sini hari ini.
Beliau mengulas tentang penyerahan surat penerimaan (LOA) kerajaan terhadap 12 unit helikopter mencari dan menyelamat EC725 kepada Eurocopter pada satu majlis yang disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pagi ini.
Harache menambah, seramai lapan juruterbang TUDM akan menjalani latihan pengendalian pesawat itu di Perancis pada masa hadapan sebaik sahaja kontrak di antara kedua-dua pihak dimeterai.
Dalam perkembangan sama, katanya, Malaysia juga akan menerima faedah daripada perjanjian itu menerusi pemilihan Subang sebagai pusat pembuatan, penyenggaraan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) Eurocopter sedikit masa lagi.
"Pusat MRO itu juga akan dilengkapi dengan mesin simulasi helikopter Eurocopter bagi latihan para pengguna pesawat keluaran syarikat kami di sekitar Asia," jelasnya.

PERBEZAAN MOU dan LOA
Memorandum of Understanding

A memorandum of understanding (MOU) is a legal document describing a bilateral agreement between parties. It expresses a convergence of will between the parties, indicating an
intended common line of action, rather than a legal commitment. It is a more formal alternative to a gentlemen’s agreement, but generally lacks the bind power of a contract.


Letter of Agreement

A letter of agreement (LOA) or cooperative agreement is a document written between parties to cooperatively work together on an agreed upon project or meet an agreed upon objective.
The purpose of an LOA is to have a written understanding of the agreement between parties. The LOA can also be a legal document that is binding and hold the parties responsible to their commitment or just a partnership agreement. (sama mcm contract)

Comments

Popular posts from this blog

TM - UNIFI Admin Password

Hi, Kebanyakan pengguna perkhidmatan internet TM-UNIFI yang tak tau bagaimana hendak mengemaskini atau dalam bahasa omputeh nyer "update" router WiFi yang warna oren tuh.. gambaran seperti yang dibawah ini [macam sekolah rendah plak]... okie kat sini hari nih saya nak ajar bagaimana nak mengemaskini akses keselamatan router anda dan dimana setelah selesai anda membaca anda akan faham bagaimana,  Menukar nama link WIFI anda.  Menukar kata laluan utk WIFI & aturan tambahan untuk keselamatan router anda daripada ditumpang oleh toyol - toyol kecik yang akan menyebabkan internet anda jadi lembab.. pasal toyol nih hanya nak guna internet percuma aje...hehehehe.... dan macam2 lagi.. pasal den tak tau aper nak di bubuh.. hahahahahahah Baiklah mari kita mulakan, selalunyer bila baru selesai pemasangan untuk akaun baru .. default password yang diberi selalunyer.. angka dan abjad, Cth: Ag2451123C dan macam-macam lagi lebey kurang macam tuh lah.. selalu nyer pass...

Malaysia MBT

Malaysian Indigenous MBT? PT-91M Pendekar - T-90 Tanks - Malaysia has inducted its first Main Battle Tank (MBT), the Polish-made PT-91M Pendekar into service few years ago as part of significant expansion and modernization program. Though equipped with the most sophisticated equipment available (such as French optronic, communication system and FCS, new generation ERA blocks,German tank tracks, better engine, not to mention steering wheel instead of throttle stick), many people (including some MAF personnel and military pundits) criticize the procurement to be unwise, to say the least. Their opinion is based on misjudged performance of PT-91 predecessor, the Soviet-made T-72, in both Gulf War and Chechnya conflict, where it performed terribly to both users; Iraq and Russia. Singapore, in response, has acquired second-hand German-made Leopard 2A4 and people began to make direct comparison between PT-91M and Leopard 2A4. However, as misinformed as the Malaysian...

Guideline to Enable IPv6 for UNIFI..

Okie this time aku nak shea bagai mana nak enable IPv6 pada unifi anda.... tetapi before that untuk pengetahuan umum apa itu IPv6 vs current IPv4 yang sekarang anda sedang gunakan... secara umum maklum IP adalah alamat elektronik anda di alam maya.. ia dimana pada kitika ini quota dia dah nak penuh atau dah penuh..  IPv4 adalah seperti; "000.000.000.000 atau 192.168.0.1" akibat dari permasalahan sebegini maka di cipta satu penyelesaian iaitu IPv6 macam rupanya IPv6 nih...  IPv6 adalah seperti ; 2001:e00:000b:0000:0000:000:0c0:c00e tapi untuk maklumat lanjut pasal IPv6 rajinkanlah diri anda untuk membacanya dia "http://en.wikipedia.org/wiki/IPv6" OKeh back to topic... UNIFI dan STREAMYX nih dah pun menggunakan communication IPv6 nih .. jadi saya akan postkan bagai mana nak menggunakan atau dalam ertikata lain mengatifkan IPv6 pada existing router anda.... seperti biasa .. silalah key in link router 192.168.0.1 dan masuk lah ker main site d...