Spartly Tension...!!
yet another work copy from below link for your reading pleasure... enjoy http://militaryofmalaysia.net/2010/08/tension-di-spartly/ 1. Insiden yang berlaku pada akhir April lepas menarik minat saya untuk membuka kamus isu-isu di kepulauan Spratly, untuk mengetahui apakah insiden itu yang menyebabkan kekuatan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dikejarkan ke sana. 2. Terdapat tanda-tanda negara China yang kini sudah mula diperkuat dengan armada laut yang canggih dan pesawat terbaru seperti Sukhoi dan J-10 sudah mula menjalankan gerakan-gerakan untuk menguatkan tuntutannya ke atas kepulauan Spratly dengan lebih agresif. 3. Penganalisis pertahanan dan sains politik dunia sudah sejak sekian lama meramalkan konflik terbaru yang dijangka lebih hebat dari isu kepulauan Falklands akan meletus di Laut China Selatan, khususnya kerana terdapat tuntutan bertindih di antara China, Vietnam, Filiphina, Indonesia, Brunei dan Malaysia. 4. I...