Hudud For sharing...
Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta’zir Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jenayah syariah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara: 1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. ... Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia.” (Riwayat Bukhari) 2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan...