Skip to main content

"Commando" an interview...

The link below is where i've copy below article.. nice to read thou... enjoy

"http://militaryofmalaysia.net/2011/04/a-komando-and-an-interview/"


"Lokasi : Bilik Integorasi Shah Paskal
Umur Subjek : 50 tahun something
Seks : Lelaki
Pangkat : Kapten
Status : Tidak Aktif (Boleh percaya ke tidak aktif, hang dok mengadu macam-macam hal pasai aku kan)
Pengalaman 1 : Menjadi anggota GGK tahun 80an, operasi di sempadan Thailand-Malaysia, SUDAH DIPOTONG (CENSORED)

Pengalaman 2 : Dipinjamkan ke Kor Risik
Operasi : Seluruh rantau Asia, German dan Hawaii
Status : Unknown
————————————————————————————————————————————–

Shahpaskal : Betul ke komando kita pernah terlibat masa perang Vietnam?

Komando : Entah. Aku ada dengar cerita tapi unit lain, aku jadi komando awal tahun 80an, peristiwa itu sudah lama

Shahpaskal : Citer lah sikit pengalaman saudara komando menjadi komando?

Komando : Aku dilatih di Kem Sungai Udang, Melaka. Yang tauliahkan aku masa itu Ketua Polis Negeri Melaka

Shahpaskal : Apasal pulak Ketua Polis Negeri Melaka tauliahkan saudara komando

Komando : Untuk mencapai status komando, kami berempat diminta untuk mengempur Balai Polis Tengkera di Melaka.

Shahpaskal : Ok Continue…

Komando : Kami berempat, diminta untuk menawan Balai Polis Tengkera. Ada lebih kurang 25 orang anggota polis dalam balai itu. Sebelum gempur, kami buat model balai dan mengenalpasti setiap bilik dalam balai. Ini merupakan kejadian sebenar, bukan lakonan. Anggota polis disitu tidak tahu kami akan menggempur mereka, kamu merangkak ikut longkang.

Komando : Kami memakai pakaian serba hitam, tidak ada senjata kecuali cecair chloroform. Kami mulakan dengan pengawal di guard house, dari belakang aku tangkap pengawal. Letak cecair pada mulut pengawal sehingga pengsan dan kemudian gari mereka.

Komando : Satu persatu anggota polis kami tawan, selepas pengsan kami tarik mereka masuk ke dalam lokap.

Komando : Selepas kesemua 25 anggota polis kami tawan, kami membuat satu panggilan. Ketua Polis Melaka kemudian datang dan menandatangani kad kami. Dengan tandatangan dari Ketua Polis, sah kami sudah berjaya dan ditauliahkan sebagai komando.

Shahpaskal : Perghh, Ketua polis tauliahkan komando. Apa pandangan saudara komando tentang polis?

Komando : Special Branch (Polis) sangat cekap, ada hal-hal tertentu yang kami belajar dari unit SB terutama hal-hal yang mempunyai kaitan dengan psikologi manusia seperti teknik mengorek maklumat.

Shahpaskal : Sebagai contoh?

Komando : Manusia bila mabuk akan bercerita banyak perkara.

Shahpaskal : HAHAHAHAHA…polis kita macam CIA ke?

Komando : Ya…malah lebih cekap

Shahpaskal : Mengapa?

Komando : Sebuah negara yang berjaya mesti mempunyai jaringan risikan yang cekap cuma tugas mereka terbatas di dalam negara

Komando : Selepas beberapa tahun ditauliahkan sebagai komando, aku dipinjam ke dalam Kor Risik

Shahpaskal : Apa beza Kor Risik dengan UCIS

Komando : UCIS merupakan pegawai risikan dalam batalion. Setiap batalion ada lebih kurang 10 pegawai UCIS, mereka merisik satu-satu kawasan sebelum digempur. Mereka cuma terhad peringkat batalion, tugas mereka tidak sampai ke arena antarabangsa

Shahpaskal : Saudara masuk risik sebagai apa?

Komando : Ada macam-macam unit dalam risik tetapi aku duduk buat espionage.

Shahpaskal : Bestnya nak masuk unit espionage, macam James Bond. Macam mana nak masuk dan bagaimana mereka dipilih?

Komando : Semasa latihan lagi, melalui ujian bertulis. Siapa yang mencapai markah yang baik dan IQ yang bagus akan terpilih memasuki unit risikan (espionage). Sabotaj ini sesiapa boleh buat, janji kreatif main alat letupan tak payah IQ tinggi

Shahpaskal : Kah Kah kah….ok sat, eden nak bom rokok sat…

Shahpaskal : Betul ke Singapura ada base bawah tanah?

Komando : Tahun 80an dahulu, ada khabar angin Singapura beli kereta kebal Centurion

Shahpaskal : Eden pun dengar cerita ini banyak kali tapi tak comfirm, orang Singapura pun kata takde

Komando : Comfirm, mereka sudah ada Main Battle Tank sejak dari tahun 80an lagi

Shahpaskal : Kalau ada mesti dah heboh

Komando : Mereka simpan dalam base bawah tanah, siap ada alat pendingin udara dan ruang buat pandu uji. Besar ruangnya macam bandar Seremban

Shahpaskal : Mana saudara komando tauu?

Komando : Aku dah masuk…

Shahpaskal : SUDAH DIPOTONG (CENSORED)

Komando : DI POTONG (CENSORED)

Shahpaskal : Yang terlibat dengan ops curi dokumen pasal Sabah kat Manila tu ke?

Komando : Aku tak tahu

Shahpaskal : Berbalik pasal kereta kebal Centurion tu…untuk apa mereka beli Main Battle Tank macam itu, bukan mereka cuma pakai kereta kebal ringan jenis AMX ke?

Komando : Mereka ini proksi Zionis dan Zionis amat berminat dengan negara kita.

Shahpaskal : Berapa banyak kereta kebal?

Komando : Banyak…cukup banyakbal. Itu aku kira sendiri. Memang disimpan di base bawah tanah, mereka mengikuti doktrin tentera Zionis. Tentera Zionis amat bergantung pada kekuatan kereta kebal dan udara.

Shahpaskal : Kapal terbang ada berapa?

Komando : Itu kawan aku buat. Aku check kereta kebal je.

Shahpaskal : Lepas saudara komando dah tahu? Apa yang kerajaan buat?

Komando : Aku terus dihantar ke Hawai untuk memasuki sekolah kereta kebal. Ada banyak kereta kebal di sekolah itu dan ada dua kereta kebal MBT Centurion. Aku cuma fokus pada Centurion dan kaji kelemahan dia.

Shahpaskal : Boleh menang ke kalau lawan Singapura?

Komando : Buang Tambak Johor. Itu laluan utama pasukan armor Singapura.

Shahpaskal : Bagaimana dengan Thailand dan Indonesia?

Komando : Mereka tidak ada kemampuan untuk menyerang balas. Tidak ada technology advantage ke atas kita.

Shahpaskal : Apakah kelebihan negara kita?

Komando : Peralatan kita ketinggalan zaman. Itu satu kelebihan dan juga kelemahan.

Shahpaskal : Betul ke Singapura pernah korek terowong untuk menuju ke Johor ?

Komando : Ya, di kawasan pantai Timur Johor dengan menggunakan boring machine yang besar. Aku habiskan RM300,000 untuk beli peta projek itu dan sabotaj rancangan mereka.

Shahpaskal : OK terima kasih.

Komando : OK malas layan kau."

Comments

Popular posts from this blog

TM - UNIFI Admin Password

Hi, Kebanyakan pengguna perkhidmatan internet TM-UNIFI yang tak tau bagaimana hendak mengemaskini atau dalam bahasa omputeh nyer "update" router WiFi yang warna oren tuh.. gambaran seperti yang dibawah ini [macam sekolah rendah plak]... okie kat sini hari nih saya nak ajar bagaimana nak mengemaskini akses keselamatan router anda dan dimana setelah selesai anda membaca anda akan faham bagaimana,  Menukar nama link WIFI anda.  Menukar kata laluan utk WIFI & aturan tambahan untuk keselamatan router anda daripada ditumpang oleh toyol - toyol kecik yang akan menyebabkan internet anda jadi lembab.. pasal toyol nih hanya nak guna internet percuma aje...hehehehe.... dan macam2 lagi.. pasal den tak tau aper nak di bubuh.. hahahahahahah Baiklah mari kita mulakan, selalunyer bila baru selesai pemasangan untuk akaun baru .. default password yang diberi selalunyer.. angka dan abjad, Cth: Ag2451123C dan macam-macam lagi lebey kurang macam tuh lah.. selalu nyer pass...

Malaysia MBT

Malaysian Indigenous MBT? PT-91M Pendekar - T-90 Tanks - Malaysia has inducted its first Main Battle Tank (MBT), the Polish-made PT-91M Pendekar into service few years ago as part of significant expansion and modernization program. Though equipped with the most sophisticated equipment available (such as French optronic, communication system and FCS, new generation ERA blocks,German tank tracks, better engine, not to mention steering wheel instead of throttle stick), many people (including some MAF personnel and military pundits) criticize the procurement to be unwise, to say the least. Their opinion is based on misjudged performance of PT-91 predecessor, the Soviet-made T-72, in both Gulf War and Chechnya conflict, where it performed terribly to both users; Iraq and Russia. Singapore, in response, has acquired second-hand German-made Leopard 2A4 and people began to make direct comparison between PT-91M and Leopard 2A4. However, as misinformed as the Malaysian...

Guideline to Enable IPv6 for UNIFI..

Okie this time aku nak shea bagai mana nak enable IPv6 pada unifi anda.... tetapi before that untuk pengetahuan umum apa itu IPv6 vs current IPv4 yang sekarang anda sedang gunakan... secara umum maklum IP adalah alamat elektronik anda di alam maya.. ia dimana pada kitika ini quota dia dah nak penuh atau dah penuh..  IPv4 adalah seperti; "000.000.000.000 atau 192.168.0.1" akibat dari permasalahan sebegini maka di cipta satu penyelesaian iaitu IPv6 macam rupanya IPv6 nih...  IPv6 adalah seperti ; 2001:e00:000b:0000:0000:000:0c0:c00e tapi untuk maklumat lanjut pasal IPv6 rajinkanlah diri anda untuk membacanya dia "http://en.wikipedia.org/wiki/IPv6" OKeh back to topic... UNIFI dan STREAMYX nih dah pun menggunakan communication IPv6 nih .. jadi saya akan postkan bagai mana nak menggunakan atau dalam ertikata lain mengatifkan IPv6 pada existing router anda.... seperti biasa .. silalah key in link router 192.168.0.1 dan masuk lah ker main site d...