PENGENALAN
Kebanyakkan manusia pada hari ini
menganggap bahawa "Hidup" itu hanyalah makan, bergerak, mencari
kemewahan, bekerja dan lain lain lagi, mereka mengangap bahawa jasad
kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan mereka
melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi pernah kah mereka terfikir
bahawa jasad mereka itu sebenar nya ialah benda mati yang tidak dapat
hidup dan bergerak dengan sendiri nya tanpa ada sesuatu yang
menghidupkan nya?
Ketahuilah tanpa yang hidup
itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan
diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak,
jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah
bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.
Dimanakah letaknya yang di
panggil hidup itu? Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita
ini hidup dan sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia
lah yang di panggil "DIRI" sebenar "DIRI" dan menghidupkan jasad kita
ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang "DIRI" itu atau cuba mencari
dan mengenal nya.
Tentu nya soal yang akan timbul
ialah dari mana "DIRI" itu, dimana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari
apakah "DIRI" itu, dan kemanakah perginya "DIRI" itu apabila jasad mati
atau dengan lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad??? dan yang
penting sekali bolehkah kita mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" kita itu.
BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" NESCAYA KENAL LAH IA AKAN TUHAN NYA
Benarkah bila kita mengenal "DIRI" maka kita akan mengenal Tuhan ??
Kita semua tahu bahawa ujud
nya roh! Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, Kerana
semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh " siapa kah Tuhan kamu "
dengan sepontan sekelian Roh menjawab " bahkan " yang membawa makna
mereka telah pun mengenal Tuhan yang esa.
Kisah Roh memasukki jasad Adam
Setelah
jasad Adam terbaring maka Tuhan telah memerintahkan Roh memasukki ke
jasad Adam, tetapi sebelum itu Roh telah bertanya " dimanakah harus aku
masukki, ya ALLAH " dan ALLAH pun menjawab " masuk lah mana mana yang
kamu senangi " Maka masuk lah Roh melalui hidung dan dengan itu maka
bernafaslah kita melalui hidung.
Ini menunjukkan bahawa sesudah
Roh memasukki badan, maka barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan
terbukti di sini bahawa Roh lah yang dikatakan penghidup kepada jasad,
dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar apabila sampai ajal nya.
Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:
1. Dihidupkan
Apakah
maksud dihidupkan dan bahagian mana? Yang dihidupkan ialah Jasad
kasar kita ini, ia nya di hidupkan oleh ""Roh"" yang berada di dalam
Jasad. "Roh" memasukki jasad semasa kita 100 hari dalam rahim ibu kita.
"Aku tiupkan sebagian dari roh ku" kata firman Allah. Sejak itu lah kita
hidup di dalam rahim ibu kita dan kemudian di lahirkan kedunia dan
terus menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah akhir hayat.
2. Menghidupkan
Yang
menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan) dari Allah, yang
memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh ialah menghidupkan jasad
tetapi sayang nya jasad tidak langsung terfikir bahawa roh lah yang
hidup sebenar benar hidup dan menghidupkan jasad yang bila mana roh
meninggalkan nya maka matilah dia di panggil orang dan di tanam atau di
bakar.
MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD
Jadi
siapakan yang berkepentingan disini, tentunya jasad kerana tanpa roh
maka jasad tidak bermaana langsung. Jasad perlukan roh untuk hidup tapi
kenapa roh tidak dipedulikan semasa hidup nya.
Perlukah roh di kenali?
Sebelum mengenal Roh haruslah kita mengenal "DIRI".
"BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" MAKA KENALLAH DIA AKAN TUHAN NYA"
APA KAH "DIRI" ITU"
Untuk pengetahuan semua bahawa "DIRI" itu mendatang kemudian setelah roh memasukki jasad, bagaimana ini berlaku?
Apabila Roh berada di dalam
Jasad maka perkembangan cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad
keseluruhan nya, ini telah menyebabkan ujudnya "Diri" yang berupa
saperti jasad nya memenuhi ruang dalaman jasad nya.
Maka ujudlah "Diri" sebenar "Diri" dan "DIRI" ini lah yang harus di kenal.
(kenal lah diri maka kenal tuhan)
(kenal lah diri maka kenal tuhan)
BAGAIMANA MENGENAL "DIRI" SEBENAR "DIRI"
Ada
berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini,
bergantung kepada perguruan dan kaedah guru guru mengajar kepada murid
murid nya. Semua perguruan ini betul dan cara apa sekali pun di gunakan,
tujuan nya satu ya itu untuk mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" .
Untuk mengenal "DIRI" ini ada 3 cara:
- Terbuka dengan sendiri nya
- Ushakan sendiri untuk membukanya
- Dibukan oleh guru. (guru guru yang berpengalaman)
Di buka maksudnya ialah membukakan
jalan jalan pancaran cahaya "DIRI" itu hingga keluar dari jasad dan
terpancarlah cahaya "DIRI" itu keluar dari jasad melalui jalan jalan nya
dan dengan rasa yang bergetar getar pada jalan keluar nya, rasa ini
dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang mempelajari ilmu ini.
Ini lah rahsia hidup kita dan
"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia
ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita, kerana
ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat,
Insyaallah.
Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.
Banyak lag persoalan yang
akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar
"DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:
Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
Dia lah sebaik baik Guru
Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
Dia lah sebaik baik Guru
Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian
Kesimpulan nya kenali lah "DIRI"
kita ini yang dia lah sebenar benar "DIRI" dan kemukakan lah dia dalam
segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal
abadi, kerana dia kekal kerana di kekalkan.
sumber: http://pastikansampai.blogspot.com/2011/04/mengenal-diri-mengenal-allah.html
No comments:
Post a Comment