Nuffnag ads

13.1.12

SEMAKAN ONLINE BR1M | STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500 |


Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucer tunai, bermula Ahad ini. Pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.

Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara. Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan. Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my. Insyallah anda akan dapat serta merta status permohonan anda.

Sehingga Selasa lalu, sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan. Baki permohonan sedang diproses dan dijangka selesai esok.

Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.

Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.